

Berdasarkan pada carta di atas, ia menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/CAD telah gagal untuk menyatakan momentum yang mencukupi di atas tahap 1.1200 semasa penembusan terakhir pada 20 Mac lalu. Alirna penurunan harga telah mengambil kesempatan ini dan menolak harga pasangan ke arah zon harga yang terletak pada tahap 1.0910-1.0850 (50-61.8 % tahap Fibonacci di dalam carta harian).
Pasangan mata wang USD/CAD ini dilihat telah kembali untuk menguji zon sokongan sebelumnya sokongan di sekitar tahap 1.0900 (50% tahap Fibonacci) yang mana tahap tersebut telah menyediakan sokongan yang kuat semasa ujian semula harga sebelum ini, iaitu pada 19 Februari.
Penutupan harian sementara di bawah tahap 1.0920 telah berlaku. Walau bagaimanapun, ia tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan cartalilin penyelubungan kenaikkan harga sebagaimana reaksi kenaikan harga pada hari yang berikutnya telah menolak pasangan itu semula ke arah 1.1000.
Sementara itu, pada carta 4H, zon harga 1.0995-1.1045 (38.2% Fibonacci ayunan penurunan harga terbaru) dijangkakan akan menyediakan kemasukan menjual yang sah dan ia telah benar-benar berlaku.
Cadangan untuk mengambil kedudukan penurunan harga sebelum ini pada tahap 1.0995 kini sedang berjalan untuk keuntungan. Stop loss perlu diletakkan pada tahap yang lebih rendah, iaitu pada tahap 1.0920 untuk mendapatkan beberapa keuntungan lagi.
Kedudukan penurunan harga yang selanjutnya boleh diambil pada zon harga 1.0940-1.0950. Ia adalah merupakan zon rintangan paling baru yang datang untuk memenuhi pasangan. Sasaran bagi aliran penurunan harga ditetapkan pada tahap 1.0865 pada mulanya.
Paras harga 1.0960 masih bertindak sebagai tahap rintangan yang paling menonjol bagi pasangan mata wang ini. Mana-mana penembusan harga di atas tahap 1.0960 berkemungkinan akan membatalkan kecenderungan penurunan harga untuk pasangan buat sementara waktu.
