Harga emas kekal bersatu semalam diantara $1,300 dan $1,315.Aliran jangka masa pendek sedang menaik.Isyarat beli akan diberikan apabila harga menembusi atas $1,315 dengan $1,331 sebagai sasaran pertama.Sasaran gelombang senario kekal dimana kita telah selesai gelombang 1 menurun daripada $1,391 dan kami sekarang sedang berada didalam gelombang pembetulan 2.
Harga emas kekal atas ichimoku cloud seperti yang dapat dilihat dalam carta 4-jam diatas.Ini adadalah merupakan tanda-tanda menyokong gambaran kami bahawa kami menjangkakan kenaikkan untuk berterusan.harga emas kekal sokongan penting pada $1,280.Sokongan jangka masa pendek dijumpai pada $1,304,jika ditembusi kita mungkin melihat penurunan harga sebanyak $10.Rintangan jangka masa pendek adalah pada $1,315 jika ditembusi harga mungkin ditolak ke arah ketinggi sebelumnya pada $1,331.

Carta harian diatas mengambarkan apa yang saya jangkakan daripada harga Emas.Saya masih lagi melihat kemungkinan yang mungkin iaitu pergerakkan ke arah 61.8% anjakkan Fibonacci atau lebih tinggi.Selagi sokongan pada $1,275 bertahan pada dasar penutupan harian,kami akan kekal menaik dengan sasaran pada $1,350.Penembusan bawah $1,268 pada dasar harian,perlu mengesahkan bahawa lantunan kenaikkan sudah berakhir dan kami sedang menghala ke arah $1,200.
