logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 08 Mei, 2014

Analisis Teknikal #USDX untuk 08 Mei, 2014

Sebagaimana pasaran fx menunggu untuk melihat sekiranya ECB melakukan tindakan yang akan mempengaruhi mata wang euro, indeks Dollar terus melemah dan di atas sokongan yang kritikal pada tahap 79. Indeks dolar pasti akan terjejas oleh komponen utamanya (EUR/USD) sekiranya tindakan diambil, kadar volatiliti pasti akan meningkat. Sasaran jangka pendek saya untuk indeks Dollar terletak di tahap 78.75. Saya percaya bahawa sokongan yang terletak pada tahap 79 ini akan ditembusi dan kita akan melihat 'sell-off' kerana saya juga mengharapkan agar pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya untuk menembusi pada tahap 1.40.

Analisis Teknikal #USDX untuk 08 Mei, 2014

Aliran harga masih menunjukkan pergerakkan menurun. Harga kini dilihat sedang membentuk corak tinggi yang lebih rendah dan tahap rendah lebih rendah. Harga kini berada di bawah garisan aliran biru dan di bawah awan Ichimoku. Rintangan terletak pada tahap 79.70 dan 80. Untuk memastikan perubahan arah aliran harga berlaku, aliran kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 80.

Analisis Teknikal #USDX untuk 08 Mei, 2014

Carta harian kekal mengesahkan bahawa aliran bagi indeks dolar masih ke arah bawah. Corak semasa di dalam carta harian adalah penurunan harga sebagaimana sasaran mencapai tahap serendah 75. Aliran pembalikan dan kedudukan Stop Loss untuk aliran menaik terletak di kawasan 80. Penutupan harga di atas tahap 80 berkemungkinan akan mengubah keseluruhan gambaran daripada aliran menaik kepada aliran penurunan harga. Ini boleh berlaku sekiranya ECB dilihat akan mengambil tindakan untuk melemahkan mata wang EURO. Sehingga itu, kami mensasarkan harga ke tahap lebih rendah dan kami menasihati kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati dengan aliran penurunan harga serta menetapkan kedudukan Stop Loss anda ke tahap yang lebih rendah kerana volatiliti diramalkan akan meningkat dengan ketara dalam tempoh beberapa hari yang akan datang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan