
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh selera risiko pelabur yang berkurangan dan penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini adalah berpunca adalah permintaan dari pengimport Jepun dan kedudukan pelarasan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana corak penurunan harga 'outside-day-range' telah berakhir pada hari Khamis; purata pergerakakn lima hari jatuh di bawah MA 15 hari; stokastik kini berada di dalam mod penurunan harga dan MACD telah berubah kepada aliran penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 171.75; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 171.40. Titik pangsi kekal berada pada tahap 172.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 173 dan sasaran kedua pada tahap 173.30.
Tahap Rintangan:
173
173.30
173.50
Tahap Sokongan:
171.75
171.40
171
