Titik Pangsi Mingguan Bagi Pasangan Mata Wang GBP/USD.

Kajian:
Jika arah aliran bersifat menaik, maka kekuatan mata wang akan ditakrifkan seperti berikut: GBP adalah arah aliran menaik dan USD adalah arah aliran menurun. Penarikan semula Fibonacci digunakan untuk menentukan tahap psikologi yang tepat bagi tahap sokongan dan rintangan. Tempoh masa perlu diambil kira.
Fibonacci kini berada di dalam julat dagangan, ia kelihatan seperti arah aliran yang memerangkap dan naik atau turun. Sekiranya anda jual atau beli untuk jangka panjang dalam tempoh ini, pasti anda akan mengalami kerugian.
-
Sekiranya tidak terdapat sebarang pengumuman berita yang berpotensi untuk menjejaskan aliran pasaran, maka harga diramalkan akan bergerak terus melalui R1 atau S1 dan juga mencapai R2 & R3 atau S2 & S3. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pengumuman berita yang akan memberikan kesan terhadap pasaran, maka harga berkemungkinan akan bergerak terus ke arah rintangan 1 atau Sokongan 1 dan seterusnya menembusi tahap rintangan 2 atau Sokongan 2 dan mungkin juga rintangan 3 atau Sokongan 3.

Ramalan:
- Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih lagi terperangkap di antara tahap 1.6890 dan 1.6790.
- Tahap 1.6890 mewakili titik pangsi mingguan. Para pedagang harus diingatkan bahawa titik pangsi mingguan adalah bersamaan dengan nisbah 38.2% tahap Penarikan Semula Fibonacci.
- Oleh yang demikian, anda disarankan untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.6890 dalam dagangan jangka pendek dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.6931 bagi membolehkan harga menguji 'double bottom', dan harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.6786 (sokongan 1) jika aliran harga berjaya menembusi 'double top' yang terletak pada tahap 1.6832.
Stop Loss tidak boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh itu, ia akan menjadi sesuatu yang amat menguntungkan dengan menetapkan kedudukan stop loss anda pada tahap 1.6955.
