Indeks Dollar dilihat telah berjaya menembusi di atas tahap rintangan jangka pendek dan telah membuat perubahan arah aliran jangka pendek. Pada masa ini, ia sedang didagangkan pada tahap overbought, oleh itu dijangkakan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan ditarik semula menuju ke arah tahap 79.70-79.60 pada hari ini.

Berdasarkan pada carta 4 jam di atas, anda boleh melihat bagaimana harga telah menembusi di atas rintangan awan Ichimoku dan garisan aliran menurun condong. Sokonganbagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap 79.70 di mana rintangan sebelumnya telah dijumpai. Saya menjangkakan bahawa akan terdapat penarikan semula harga bagi mata wang indeks Dolar. Namun, saya percaya bahawa terdapat peluang yang tinggi untuk kita berada dalam perubahan arah aliran jangka panjang yang lebih besar daripada tahap 79.

Merujuk pada carta harian di atas, anda boleh melihat bagaimana pembalikanl aliran harga jangka pendek telah mencabar rintangan awan Ichimoku harian. Garisan aliran menurun condong bermula di atas tahap 84 dan harga dilihat telah bergerak menuju ke arah tahap tinggi 81.50 dan ia kini telah pun berjaya ditembusi. Walau bagaimanapun, rintangan yang kuat ditemui berhampiran pada tahap 80-80.40 yang mana ia adlaah bersamaan dengan awan Ichimoku. Aliran kenaikkan harga perlu menembusi di atas kawasan tersebut untuk mengesahkan pembalikan arah aliran harga yang lebih besar.
