Harga emas dilihat masih meneruskan pengukuhan mendatar dalam membentuk corak segi tiga. Ini bermakna bahawa aliran harga kini adalah neutral dan para pedagang perlu menunggu untuk penembusan harga. Harga emas seperti yang ditunjukkan di dalam carta di bawah kini sedang didagangkan di dalam julat segi tiga harga dan masih lagi belum terdapat aliran harga yang jelas. Oleh yang demikian, perkara yang terbaik untuk dilakukan buat masa sekarang adalah menunggu pengesahan penurunan harga pada sempadan segitiga dan kemudian mengambil kedudukan berdasarkan pada arah aliran harga.

Harga kini dilihat sedang didagangkan di dalam aliran neutral sama seperti yang ditunjukkan oleh awan Ichimoku. Awan telah menjadi sangat nipis dan tidak lama lagi dijangkakan bahawa kita akan dapat melihat pengukuhan harga menuju pada mana-mana arah. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di tengah-tengah julat dan itulah sebabnya saya lebih gemar untuk menunggu. Sokongan didapati terletak pada tahap $ 1,283 dan rintangan pula tereltak pada tahap $ 1,308. Para pedagang boleh menunggu untuk penembusan harga sama ada sebelum mengambil kedudukan untuk mengelakkan gangguan pada tindakan harga.

Senario pilihan kami menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi untuk menuju ke arah 61.8 % Penarikan Semula Fibonacci berhampiran pada tahap $ 1,350. Gambaran dagangan jangka panjang kami kekal melemah dengan $ 1,100 sebagai tahap sasaran. Strategi pilihan kami adalah menunggu penembusan harga pada tahap $ 1,350 untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $ 1,391 atau sekiranya harga menembusi di bawah tahap $ 1,268, maka kita akan mengambil pesanan menjual seberapa segera sebagaimana akan terdapat peluang yang sangat kecil pada pergerakkan harga di atas $ 1,330.
