
Huraian
Menurut pada carta 4H hari ini, penutupan semalam di bawah tahap rintangan 172.75 telah memberikan peluang kepada harga untuk memulakan pergerakkan menurun selepas ia gagal untuk menembusi pada tahap tersebut. Sepertimana yang telah dinyatakan di sini, pada masa ini harga dilihat sedang mencuba untuk meneruskan pergerakkan menurun dan menghampiri sokongan yang terletak pada tahap 171.00 selepas menembusi tahap Sokongan 172.50 dan seterusnya pada tahap 172.00 dengan berturut-turut. Dalam kes ini, kita berkemungkinan akan mendapat satu lagi peluang untuk isyarat menjual selanjutnya yang akan membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap 170.70 sebagai sasaran pertama. Harga kemudianya perlu menguji tahap sokongan 170.20 untuk meneruskan pergerakkan penurunan harga. Tetapi selagi harga didagangkan stabil di atas tahap sokongan pada 171.00, maka ia akan membatalkan senario kami yang pertama.
Tahap Rintangan dan Sokongan Hari Ini: R3 (172.75), R2 (172.00), R1 (171.50), S1 (171.00), S2 (170.70), S3 (170.20).
