Carta Harian: Indeks USDX telah menembusi rintangan pada tahap 80.11 dan di kawasan itu, ia telah membentuk fraktal USDX. Indeks USDX berkemungkinan boleh jatuh ke tahap 79.85, di mana USDX boleh melakukan lantunan semula kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 79.65, ia dijangkakan akan jatuh ke tahap 79.19. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di atas SMA 200 dengan pembentukan corak kenaikan harga. Sekiranya Indeks USDX menembusi rintangan yang terletak pada tahap 80.15, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 80.35, yang mana ia akan menjadi pengukuhan kenaikkan harga. Petunjuk MACD kini berada di wilayah negatif.

Carta 1H: Indeks USDX meneruskan pergerakkan di dalam julat yang rendah di atas tahap sokongan 79.88, oleh itu USDX mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendatar untuk sepanjang minggu ini. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX menembusi rintangan yang terletak pada tahap rintangan 80.15, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 80.35. Petunjuk MACD adalah negatif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 80.15, take profit di tahap 80.35, dan stop loss pada tahap 79.95.
