

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar, disekitar tahap harga 1,294.00, kami kini sedang menunggu untuk aktiviti yang lebih besar. Seperti yang dapat anda lihat di dalam carta, Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami yang terletak pada tahap 1,290.00 telah ditembusi dengan jayanya, dan ia telah mendorong harga untuk memulakan pergerakan menaik dan menguji tahap 1,305.64. Mengikut pada carta harian, kita dapat memerhatikan reaksi kenaikkan harga yang ketara di bahagian belakang tahap sokongan 1,277.00 pada jumlah yang lebih tinggi, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa jualan jangka pendek kelihatan amat berisiko. Berdasarkan pada carta 4H. kami mendapati bahawa bekalan kini kian melemah, yang mana ini juga adalah merupakan isyarat menjual lain yang kelihatan berisiko pada tahap ini. Saya mendapati tahap rintangan berkemungkinan terletak pada tahap harga 1,305.00 (ayunan tahap rendah). Jika harga menembusi tahap 1,305.00 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat ujian semula harga pada tahap 1,315.00 (ayunan tahap tinggi sebelum ini). Berhati-hati dengan pesanan menjual dan perhatukan peluang untuk membeli.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan::
R1: 1,304.72
R2: 1,308.54
R3: 1,314.73
Tahap Sokongan:
S1: 1,292.34
S2: 1,288.52
S3: 1,282.33
Cadangan Perdagangan: Semasa berurusniaga dengan emas, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan jualan jangka pendek sebagaimana tahap sokongan utama kami yang terletak pada tahap harga 1,277.00 telah ditembusi dengan jayanya.
