Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah melakukan lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6766 dan pasangan mata wang kini kemungkinan besar akan meningkat ke tahap rintangan 1.6851. Walau bagaimanapun, ia masih akan membentuk corak penurunan harga sebagaimana pasangan GBP/USD kekal mengukuh dalam kecnederugan penurunan harga semasa. Petunjuk MACD adalah negatif.

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk membuat penembusan harga pada tahap rintangan 1.6822, kerana pasangan mata wang ini telah membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6762, yang mana ia adalah bersamaan dengan SMA 200. Sekiranya berjaya, maka harga diramalkan akan meningkat hingga ke tahap 1.6841. Sebaliknya, harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6785 jika pasangan mata wang ini membuat lantunan semula penurunan harga hingga ke tahap harga semasa. Perunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 1H:
Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh di atas titik kawalan dan sokongan yang terletak pada tahap harga 1.6800. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap rintangan 1.6850, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 1.6900. Sebaliknya, jika GBP/USD gagal untuk menembusi pada titik kawalan, maka harga dijangkakan akan jatuh hingga ke tahap 1.6750. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6800, take profit di tahap 1.6750, dan stop loss pada tahap 1.6850.
