
Huraian:
- Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan mata wang EUR/USD ini masih lagi didagangkan di antara tahap 1.3766 dan 1.3640, oleh itu adalah disyorkan kepada para pedagang agae lebih berhati-hati semasa membuat tawaran bagi pasangan ini. Selain itu, ia juga harus diperhatikan bahawa pasaran telah menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Pergerakan aliran adalah kontroversi kerana ia berlaku dalam saluran mendatar yang sempit. Oleh itu, anda diminta untuk menunggu sehingga saluran mendatar ditembusi. Seterusnya, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda trend aliran sebagaimana sokongan bagi pasangan telah ditetapkan pada tahap 1.3640. Dalam erti kata lain, tawaran membeli adalah disyorkan di atas tahap 1.3640 dengan sasaran pertama pada tahap 1.3707 untuk menguji titik pangsi mingguan. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan memulakan gerakan menaik menuju ke tahap 1.3730 dan seterusnya ke tahap 1.3766. Tahap 1.3766 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat pada 21 Mei 2014. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap 1.3766, maka pasaran akan menyatakan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kecil 1.3766. Dalam hal ini, tawaran menjual disyorkan pada tahap yang lebih rendah daripada tahap 1.3770 dengan sasaran pertama ditetapkan pada 1.3717. Pasangan mata wang berkemungkinan akan menukar aliran ke arah bawah dan melanjutkan pembangunan aliran menurun menuju ke arah tahap 1.3680 dan seterusnya ke tahap 1.3643.
