logo

FX.co ★ Forecast for EUR/CAD for May 22, 2014

Forecast for EUR/CAD for May 22, 2014

Pasangan mata wang ini telah di dagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 1.53. Pasangan mata wang kini sedang membentuk corak tahap tinggi yang lebih rendah dan corak rendah yang lebih rendah, walau bagaimanapun pada minggu ini, pada masa ini, ia kelihatan telah memberhentikan corak rendah yang lebih rendah. Pasangan mata wang kini kelihatan melemah hanya di bawah tahap 1.4869. RSI di dalam carta mingguan menunjukkan penjualan semasa kenaikkan harga. Penurunan harga awal yang berterusan bermula hanya di bawah tahap 1.4869 menuju ke arah tahap 1.4832, 1.478 dan 1.47. Minggu ini, jika pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 1.5042, maka kita boleh menjangkakan kejatuhan harga akan berhenti seketika buat beberapa hari. Pembetulan harga yang mendalam akan berlaku sebaik sahaja harga menembusi pada tahap 1.47, yang mana harga akan mensasarkan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.4455 dan 1.40.

Forecast for EUR/CAD for May 22, 2014

Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang kini sedang didagangkan di bawah garisan aliran menurun. RSI di dalam carta harian kini dilihat cenderung terhadap pesanan membeli untuk beberapa hari yang akan datang. Bagi aliran menurun, pasangan mata wang ini dilihat akan mempunyai sokongan awal bermula pada tahap 1.4893, di bawah tahap ini, sokongan yang seterusnya akan terletak pada tahap 1.4866 dan 1.4824. Pusingan kedua jualan akan berlaku di bawah tahap 1.482 untuk sasaran rendah pada tahap 1.4782, 1.473 dan 1.4677.


Bagi aliran menaik, rintangannya awal berada pada tahap 1.495. Pengukuhan harga di atas tahap ini, berpotensi untuk membolehkan harga melonjak naik sehingga ke tahap 1.4990, 1.5050 dan 1.5150.


Forecast for EUR/CAD for May 22, 2014

Urusniaga Harian- Tahap rintangan yang kuat bagi pasangan mata wang ini ditetapkan pada 1.4960. Apabila harga berjaya menembusi pada tahap ini, maka harga berkemungkinan akan melonjak ke tahap 1.4990, 1.5050 dan 1.5088. Bagi aliran penurunan harga, pasangan ini kelihatan melemah di bawah 1.4893 untuk mensasarkan pergerakkan ke tahap 1.4878, 1.4869 dan 1.4830. 

Forecast for EUR/CAD for May 22, 2014

NOTA-

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.4960

Tahap berikut adalah daripada MT5

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan