logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 23 Mei, 2014

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 23 Mei, 2014

Huraian Umum untuk 23/05/2014 08:00 CET

Pembangunan pembetulan gelombang penurunan harga kini dilihat sedang berlangsung sebagaimana yang telah kita jangkakan dan harga telah menembusi tahap sasaran. Pada masa ini, terdapat kitaran pembetulan menaik dalaman yang belum selesai dan ia harus diselesaikan sebelum pusingan terakhir untuk aliran menurun kelihatan. Perkiraan alternatif walau bagaimanapun menyatakan tahap rendah 1.0883 berkemungkinan adalah merupakan ahagian bawah untuk gelombang alt: (b), dan kini penembusan harga di atas rintangan urusniaga  harian 1.0930 akan mengesahkan senario kekuatan selanjutnya bagi pasangan mata wang ini. Sekiranya tidak terdapat sebarang penembusan harga yang berlaku, maka para pedagang perlu menjangkakan bahawa garisan aliran emas yang lebih rendah bakal diuji sekali lagi.

Sokongan/Rintangan:

1.0948 - WR2

1.0940 - Ayunan Tahap Tinggi

1.0930 - Rintangan Urusniaga Harian

1.0897 - WR1

1.0883 - Sokongan Urusniaga Harian

1.0874 - Pangsi Mingguan

1.0851 - Sokongan Teknikal

Cadangan Perdagangan:

Berdagang di tengah-tengah gelombang pembetulan b adalah yang paling sukar untuk membuat keuntungan. Oleh itu, saya menasihati kepada para pedagang agar menunggu sehingga corak harga yang lebih jelas kelihatan.

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 23 Mei, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan