
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah tahap rendah hampir satu bulan 0.8529 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang positif dan lebihan dagangan New Zealand bagi bulan April yang mencatatkan angaka yang lebih kecil iaitu sebanyak $ 534 juta berbanding ramalan (NZ$534 milion). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah didorong oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah selera risiko yang positif, kepentingan berbeza pasangan NZD-USD dan kebimbangan para pelabur terhadap ekonomi China yang kian berkurangan. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah MA 15 hari dan kian menurun, MACD dan stokastik berada dalam aliran menurun, meskipun ia akhirnya akan berada di dalam zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8510; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8485. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8570. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8600 dan sasaran kedua pada tahap 0.8635.
Tahap Rintangan:
0.86
0.8635
0.8655
Tahap Sokongan:
0.8510
0.8485
0.8450
