Carta harian : Indeks USDX kekal didagangkan di bawah purata pergerakkan 200 hari, namun begitu, kecenderungan kenaikkan harga adalah masih sah bagi Indeks USDX, oleh yang demikian, USDX ini berkemungkinan besar akan mengukuh di atas SMA 200. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX ini tidak menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.11, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.19. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli.

Carta 4H : Indeks USDX kelihatan telah membuat penarikan semula harga pada tahap 80.50, walau bagaimanapun Indeks USDX masih kekal didagangkan di atas sokongan pada tahap 80.35. Sekiranya Indeks USDX menembusi tahap rintangan 80.60, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 81.50 dalam jangka masa sederhana, di mana ia adalah bersamaan dengan garisan aliran menaik. Petunjuk MACD adalah negatif.
Carta 1H : Indeks USDX telah mencecah di atas tahap rintangan 80.35, walau bagaimanapun, Indeks USDX kini dilihat sedang mencuba untuk menembusi pada tahap tersebut sekali lagi. Sekiraya ini berhasil, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap rintangan 80.60. Sebaliknya, jika USDX membuat lantunan penurunan penurunan pada tahap semasa, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap sokongan 80.15. Petunjuk MACD adalah negatif.

