logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Mei, 20143

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Mei, 20143

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Mei, 20143


Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah tahap tinggi sembilan hari pada 102.14 hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen dolar yang  kian baik serta kejutan dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat bagi bulan April yang mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.8% (berbanding ramalan yang mengunjurkan penurunan sebanyak 0.7%); Peningkatan dalam Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS kepada 83.0 bagi bulan Mei (ramalan mengunjurkan angka yang hampir sama) berbanding semakan semula yang mencatatkan penurunan sebanyak 81.7 pada bulan April (dilaporkan sebanyak 82.3), bacaan yang lebih tinggi berbanding ramalan iaitu kenaikkan sebanyak 12.4% pada tahunan dalam laporan S&P AS bulan Mac/Indeks harga rumah bandar Case-Shiller (berbanding ramalan 11.8%) dan kenaikan di dalam PMI Perkhidmatan Markit Flash AS bagi bulan Mei kepada 26 bulan tinggi 58.4 pada bulan Mei daripada 55.0 pada bulan April. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan selera risiko yang positif (S&P 500 mencecah kesemua tahap tinggi 1,912.28 sebelum ditutup naik 0.6 % pada 1,911.91 semalam) ekoran daripada data AS yang meyakinkan, jangkaan bahawa dasar akomodatif akan diterusnkan oleh ECB dan Rizab Persekutuan. Walau bagaimanapun, sentimen USD telah terjejas akibat daripada kejatuhan dalam Indeks aktiviti perniagaan am Dallas Fed kepada 8.0 pada bulan Mei berbanding 11.7 pada bulan April. Keuntungan bagi pasangan USD/JPY ini juga telah terjejas akibat jualan pengeksport Jepun dan penurunan hasil Perbendaharaan AS jangka panjang sebagaimana 'yield curve' mendatar (Yield 10-&30 tahun jatuh sementara yield 2 dan 5 tahun meningkat lebih tinggi dalam sekelip mata).

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan lima hari kini kian meningkat di atas MA 15- hari.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102.55 Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 101.20. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 101.70.

Tahap Rintangan:
102.35
102.55
102.80

Tahap Sokongan:
101.50
101.20
101

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan