Harga emas telah menembusi bawah sokongan $1,260 dan sekarang sedang menghala ke bawah.Aliran sedang menurun.Harga sedang bergerak rendah tidak berjaya untuk mengadakan lantunan kenaikkan yang besar.Harga sekarang sedang berada bawah Ichimoke cloud dalam rangka masa kami.Harga sedang menuju ke arah sasaran kami pada $1,240.Sebarang lantunan yang berkemungkinan akan mendapati rintangan pada $1,265-70.

Segitiga telah ditembusi dengan jelas dan kita telah mengambil posisi jual menurut kepada apa yang dirancangkan.Kami telah memberi beberapa amaran beberapa hari lalu bahawa naik turun adalah dijangkakan untuk meningkat kerana kadar yang ketar pada segitiga ingin melihat untuk penembusan.Harga telah menembusi segitiga dan kami telah mengikut apa yang kami rancangkan.Kami kekal jual mensasarkan $1,240.Saya menjangkakan lantunan untuk datang daripada $1,240.Sokongan jangka masa pendek adalah pada $1,238-$1,228 dan rintangan jangka masa pendek adalah pada $1,270 dan $1,290.

Jika harga Emas sedang melakukan corak segitiga yang besar,kemudian kita menjangkakan untuk melihat lantunan kenaikkan berhampiran $1,240,mungkin ke arah $1,330-40.Walaubagaimanapun jika kita tidak berada dalam segitiga yang besar,kita perlu menjangkakan harga untuk mencecah sokongan $1,200-$1,180.Dalam jangka masa panjang kita akan kekal menurun dan menjangkakan Emas untuk menurun ke arah $1,000.Walaubagaimanapun saya mengunjurkan untuk menutup sebahagian daripada posisi berhampiran $1,240 dan merendahkan stop loss untuk keseluruhan posisi saya untuk melindungi keuntungan.
