
Huraian:
Kenaikan harga yang mendadak bagi pasangan mata wang AUD/USD dari tahap 0.9230 telah dilanjutkan lagi ke tahap 0.9270 dan harga telah menutup di tahap 0.9276 pada hari semalam. Selain itu, harga telah diletakkan di atas 50% tahap penarikan semula Fibonacci sejak minggu lalu. Sementara itu, adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa harga bagi pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan yang kuat pada tahap harga 0.9230. Tidak kurang juga pentingnya, tahap sokongan yang kuat ini masih lagi terperangkap di antara 50% dan 61.8 % tahap penarikan semula Fibonacci di dalam carta 4H. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasaran akan mula menunjukkan tanda-tanda kenaikkan harga yang selanjutnya bagi menyatakan peluang kenaikkan harga pada tahap 0.9233 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9290, dan terus menuju ke arah tahap 0.9340. Walau bagaimanapun, aliran aliran kenaikkan harga telah pun ditarik semula di bawah tahap 0.9345 ; Oleh yang demikian, tahap ini akan menjadi rintangan yang kuat untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan. Akibatnya, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga 0.9345 dengan sasaran ditetapkan pada 0.9300. Harga juga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menurun menuju ke arah tahap 0.9266 pada 5 Jun, 2014. Jika tidak, stop loss harus ditetapkan pada 0.9365.

