logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

EUR/USD: Sehingga minggu ini, pasaran penurunan harga bagi pasangan mata wang ini kelihatan telah mengukuh dengan garisan sokongan terletak pada tahap 1.3600. Garisan sokongan pada tahap 1.3600 ini perlu ditembusi untuk aliran menurun bagi membolehkan harga meneruskan aliran penurunan harga. Sebaik sahaja harga berjaya menembusi tahap sokongan tersebut untuk aliran menurun, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meneruskan pergerakkan arah bawah menuju ke garisan sokongan seterusnya pada tahap 1.3550.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah mengalami sedikit penarikan semula penurunan harga, meskipun pasangan ini lebih cenderung terhadap aliran kenaikkan harga. Sokongan yang terletak pada tahap 0.8950 harus bertindak sebagai penghalang untuk penarikan harga yang selanjutnya. Harga masih diramalkan akan bergerak ke arah atas untuk mencabar rintangan yang terletak pada tahap 0.9000 - yang mana ia adalah merupakan matlamat jangka panjang kita. Data ekonomi yang bakal keluar pada hari ini akan memberikan kesan ke atas pasangan mata wang ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

GBP/USD: Sama seperti pasangan mata wang EUR/USD, pasangan ini juga dilihat telah mengukuh sehingga minggu ini, tanpa aliran harga yang jelas. Wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.6700 telah pun diuji pada minggu lalu dan pada minggu ini. Oleh itu, apabila kecenderungan penurunan harga dilanjutkan semula, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menguji wilayah pengumpulan sekali lagi ; walaupun terdapat kemungkinan bahawa wilayah pengumpulan akan ditembusi untuk aliran menurun.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

USD/JPY: Sasaran kami yang terletak pada tahap bekalan 103.00 kekal sah. Pada masa ini, kelihatan terdapat penarikan semula harga yang kecil di dalam pasaran: ia diramalkan hanya sementara. Apabila kecenderungan kenaikkan harga mendominasi semula pasangan mata wang ini, maka harga diramalkan akan mula kembali menuju ke tahap sasaran kita.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik pada minggu ini, walau bagaimanapun pada masa ini, kelihatan terdapat penarikan semula harga di dalam pasaran. Penarikan semula harga tidak seharusnya pergi ke bawah zon permintaan pada tahap 139.00, oleh itu kecenderungan kenaikkan harga berkemungkinan untuk kekal sah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 5 Jun, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan