Harga emas telah menamatkan penurunan harga mendadak yang bermula dari tahap $ 1,300 dan harga kini sedang mengukuh di atas tahap sokongan $1.240. Harga emas kini dilihat sedang bergerak mendatar dan aliran harga adalah neutral. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan pada hari ini atau esok harga emas akan memulakan aliran harga baru dan harga berkemungkinan besar akan bergerak naik sekiranya tahap sokongan $1.230 ini ditembusi.

Emas kini diniagakan di atas tahap sokongan $1.240. Jika tahap ini gagal untuk ditembusi, maka lantunan menaik akan mendorong harga Emas menuju ke arah tahap $ 1.264 dan $ 1.280. Isyarat awal akan kelihatan sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap $ 1.250. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap $ 1.230 sekiranya harga menembusi di bawah $ 1.240.
Walaupun harga emas telah mencatatkan tahap rendah baru, saya percaya bahawa emas akan mempunyai sokongan pada tahap harga $ 1.230-20 dan melantun ke atas dari tahap tersebut. Saya percaya bahawa emas kini sedang membentuk corak segi tiga jangka panjang yang akhirnya akan membawa harga kembali ke arah tahap $ 1.300 sebelum harga menjunam di bawah $ 1.100. Buat masa ini kita harus menumpukan perhatian terhadap penembusan harga di atas tahap $ 1,250 atau di bawah $ 1,220.
