
Huraian
Prosiding daripada carta 4Hhari ini, pasangan mata wang ini kelihatan masih didagangkan diantara tahap sokongan 171.50 dan tahap rintangan 172.00, pasangan ini juga masih lagi gagal untuk menembusi tahap rintangan tersebut. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap rintangan tersebut untuk aliran menaik, maka adalah diramalkan bahawa kita menerima peluang yang baik untuk mengambil pesanan membeli sekali lagi di atas tahap rintangan 172.00 hingga 4H menutup di atas tahap rintangan 172.75 sebagai tahap sasaran. Seterusnya, kita perlu menunggu sehingga harga berjaya menembusi tahap rintangan ini untuk meneruskan aliran menaik dan membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap rintangan yang terletak pada 173.00. Sebaliknya, sekirnaya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap rintangan 172.00 ini dan melantun daripadanya, maka harga berkemungkinan akan memulakan aliran menurun, yang mana ia akan membolehkan sokongan ditetapkan pada tahap 171.50 sekali lagi. Oleh itu, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga penutupan harga yang seterusnya sebelum mengambil sebarang keputusan.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (173.00), R2 (172.75), R1 (172.00), S1 (171.50), S2 (171.00), S3(170.00)
