

Zon harga 1.3800-1.3880 (ditandakan dengan titik-titik pada carta di atas) telah menyediakan BEKALAN yang mencukupi untuk pasangan EUR/USD. Zon harga berjaya memberhentikan kesinambunagn momentum kenaikkan buat seketika di atas garisan aliran menaik sepertimana yang telah digambarkan.
Oleh itu, corak pembalikan Double Top telah ditubuhkan dengan 'neckline' terletak pada tahap 1.3700. Corak pembalikan telah pun mencapai tahap sasaran.
Sementara itu, kita harus fokus pada hari Khamis dan cartalilin harian penyelubungan kenaikkan harga semalam yang akan kelihatan disekitar tahap 1.3500 (had yang lebih rendah pada saluran 4H yang berterusan) dan seterusnya harga akan mengekuh sekali lagi di atas tahap 1.3560 (Tahap utaam yang bersamaan dengan dasar terkemuka sebelum ini).
Oleh itu, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang EUR/USD ini akhirnya telah mencapai penembusan kenaikkan harga di atas tahap 1.3560 dan seterusnya keluar daripada zon kesesakan sebelumnya di antara tahap 1.3560-1.3480.
Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan mencecah had yang lebih tinggi pada saluran yang digambarkan di sekitar tahap 1.3650-1.3660 yang mana ia juga bersamaan dengan tahap sasaran penembusan harga.
Tindakan harga harus diperhatikan di sekitar tahap 1.3660 untuk menentukan destinasi yang seterusnya bagi pasangan mata wang EUR/USD.
