logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 18 Jun, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 18 Jun, 2014

EMAS

Analisis Teknikal Emas untuk 18 Jun, 2014


Perhatian para pedagang tertumpu pada laporan mesyuarat FOMC dan data inflasi AS. Fed Amerika Syarikat dikatakan mungkin akan mengurangkan $ 10 bilion daripada program pembelian bon bulanani. Emas ditarik kembali dari tahap yang lebih rendah dan aliran menaik telah diberhentikan pada SMA 50 hari. Pada masa ini, emas sedang diniagakan pada tahap $ 1,270.50. 

Sepertimana yang telah kita disyorkan di dalam artikel kami sebelum ini, pesanan membeli baru hanya akan diambil di atas tahap harga $ 1,289, walau bagaimanapun harga telah membuat catatan tahap tinggi baru pada $ 1,284.50 dan diperbetulkan ke tahap fib 61.8. Di sebelah bawah, tahap sokongan kelihatan terletak pada tahap $ 1,257.50, di bawah tahap ini, aliran penurunan harga berpotensi untuk membawa emas menuju ke arah tahap harga $ 1,250, $ 1,245.50 dan $ 1,240. Sementara itu, adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa komoditi ini bakal berhadapan dengan kesukaran diantara  tahap $ 1,285.50, SMA 50-hari ($ 1,2288), SMA 200 hari (garisan oren). Apabila emas mula didagangkan di atas garisan aliran, maka harga berkemungkinan akan melonjak naik secara mendadak sehingga mencecah pada tahap $ 1,297 (SMA 50 minggu) dan $ 1,309 (EMA 200 hari) untuk menguji semula garisan aliran penembusan.


Positional-

Ambil pesanan menjual dibawah tahap $1,257.50. Ambil pesanan membeli di atas tahap $1,289.

Urusniaga harian-

Analisis Teknikal Emas untuk 18 Jun, 2014

Semasa penarikan semula harga semalam, emas telah berhadapan dengan rintangan pada SMA 21 jam dan SMA 34 jam ($ 1,272.80). Aliran kenaikkan harga ini hanya akan kembali didagangkan  di atas tahap ini, kami lebih gemar untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap $ 1,273 hingga ke tahap $ 1,274.90, $ 1,277.50 dan $ 1,280.10. Di sebelah bawah, emas dilihat mempunyai sokongan pada HDEMA 35 (tahap $ 1,268). Kami menjangkakan bahawa isyarat penurunan harga di bawah tahap $ 1,267.50, aliran penurunan harga ini berpotensi untuk membawa harga menuju ke arah $ 1,262, $ 1,258.50 dan $ 1,257.50. Penjualan panik akan berlaku di bawah tahap $ 1,257.50.



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan