
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Emas kini kelihatan seolah-olah akan menguji semula garisan aliran rintangan yang terletak di sekitar tahap $ 1,278.00/80.00. Penembusan harga pada tahap ini dan kemudiannya pada tahap $ 1,300.00 akan mendorong harga untuk aliran menaik yang lebih ekstrem bagi emas. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan risiko kekal di tahap $ 1,300.00.
2. Sokongan bagi komoditi ini dilihat terletak pada tahap $ 1,240.00, dan diikuti oleh tahap $ 1,230.00, $ 1,210.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula berada di sekitar tahap $ 1,285.00, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,300.00, $ 1,310.00 dan tahap lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa Emas perlu kekal didagangkan dalam aliran menurun sehingga harga kekal berada di bawah tahap $ 1,300.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,300.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
