logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 19 Jun, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 19 Jun, 2014

Harga emas dilihat telah meneruskan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi malam tadi menuju ke tahap $ 1,280. Harga emas kekal didagangkan dalam aliran menaik dan disokong oleh Ichimoku Cloud. Emas berkemungkinan akan mengalami penarikan semula harga yang kecil tetapi selagi harga didagangkan di atas tahap $ 1,266, saya menjangkakan bahawa harga akan melanjutkan dagangan ke tahap yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah $ 1,310.

Analisis Teknikal Emas untuk 19 Jun, 2014

Pembetulan penurunan harga daripada tahap $ 1,286 ke tahap $ 1,258 telah berakhir dan saya menjangkakan pergerakkan menaik yang serupa dengan kenaikkan pertama dari tahap $ 1,240 hingga ke tahap $ 1,286. Itulah sebabnya emas mempunyai sasaran pada tahap $ 1,310. Ini tidak bermakna bahawa emas tidak boleh pergi ke tahap yang lebih tinggi. Sasaran segitiga jangka panjang saya terletak di atas tahap $ 1,320-30 berhampiran pada tahap $ 1,340.

Analisis Teknikal Emas untuk 19 Jun, 2014

Saya percaya bahawa gelombang D mempunyai banyak kemungkinan bahawa harga telah selesai pada tahap $ 1,240. Harga emas cukup kuat untuk mengahmpiri sekurang-kurangnya ke tahap $ 1,300 di mana rintangan Ichimoku Cloud terletak. Oleh itu, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli selagi harga didagangkan di atas tahap $ 1,266, mensasarkan ke tahap $ 1,300 - $ 1,330 dan kemudianya perhatikan peluang menjual ke tahap $ 1,000.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan