Huraian Umum untuk 19/06/2014 10:10 CET
Perkembangan gelombang menaik kini sedang membangun seperti yang telah kami jangkakan dan tahap harga yang lebih tinggi dapat diperhatikan dari sini sekiranya zon julat ini ditembusi untuk aliran menaik. Dalam kes ini, tahap rintangan yang seterusnya bagi pasangan EUR/JPY adalah WR1 yang terletak pada tahap 193.36. Walau bagaimanapun, para pedagang diingatkan bahawa ia bukanlah kitaran pembetulan mendatar yang tidak teratur dan pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak lebih tinggi daripada tahap ini. Sebaliknya, mana-mana penembusan aliran menurun di bawah tahap 138.40 ini akan mendorong harga untuk pergi ke tahap sedikit lebih rendah dan juga mungkin akan menjadikan perkiraan semasa ini sebagai tanda tanya. Garisan ketidaksahihan untuk perkiraan ini berada pada tahap 137.70.
Sokongan/Rintangan:
137.70 - Tahap ketidaksahihan
138.40 - Sokongan Urusniaga Harian
138.54 - Pangsi Mingguan
138.74 - Rintangan Urusniaga Harian
139.36 - WR1
Cadangan Perdagangan:
Daytraders disarankan agar mengambil pesanan membeli hanya sekiranya tahap 138.71 ini berjaya ditembusi dan carta 1H menutup di atas tahap tersebut. Selain itu, SL juga harus ditetapkan di bawah tahap 138.40 dan TP pada tahap 139.36.
