
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan stabil dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga mencecah tahap rendah dua minggu pada 0.8909 hari Khamis. Bank Negara Swiss pada hari Khamis telah mengekalkan CHF1.20 per euro dan mengekalkan julat sasaranya untuk kadar penawaran antara bank bagi tempoh tiga bulan pada 0.0% kepada 0.25% seperti yang diharapkan. Pasangan mata wang USD/CHF ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian Dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari jatuh di bawah MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8985 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8920. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8905. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8945.
Tahap Rintangan:
0.8985
0.9
0.9025
Tahap Sokongan:
0.8920
0.8905
0.8875
