Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini kekal didagangkan di atas sokongan yang terletak pada tahap 1.7000 tanpa sebarang perubahan yang besar di dalam aliran semasa harga. Pada masa ini, pasangan mata wang dilihat sedang mencuba untuk meningkat ke arah tahap rintangan 1.7169, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan terus membentuk corak tinggi yang lebih rendah sebagaimana sebahagian daripada pergerakan adalah pembetulan harga. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang bergerak di dalam julat yang lebih rendah di bawah garisan aliran menaik pada tahap 1.1740, sehingga kni, pasangan mata wang ini diramalkan akan cuba untuk membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6995 bagi membolehkan pasangan meneruskan aliran menaik. Buat masa ini, GBP/USD kekal didagangkan di atas SMA 200. MACD adalah negatif.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD sekali lagi mempunyai rintangan pada tahap 1.7050 dan pasangan kini sedang cuba untuk membuat lantunan semula pada tahap sokongan 1.7000, yang terletak berhampiran dengan kawasan titik kawalan. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap 1.7050, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap rintangan 1.7100. Petunjuk MACD kini berada di wilaayh terlebih jual.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.7050, take profit di tahap 1.7100, dan stop loss pada tahap 1.7000.
