Indeks Dollar kini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih rendah. Aliran bagi dagangan jangka pendek adalah menurun tetapi sokongan kuat didapati terletak pada tahap 80.25 sebagaimana kita tidak pernah melihat penutupan harian di bawah tahap tersebut. Aliran harga jangka pendek adalah menurun kerana indeks kini berada di bawah Ichimoku Cloud dan di bawah aliran rintangan garisan merah.

Penembusan harga di bawah tahap 80.20 akan menjadi isyarat penurunan harga dan berpotensi untuk menolak indeks menuju ke arah tahap 80 dan di bawah tahap tersebut adalah merupakan sasaran awal kami iaitu pada 80.90. Kawasan sokongan yang saya sasarkan adalah penarikan semula 50% seperti yang ditunjukkan di dalam carta di atas merah berwarna. Rintangan jangka pendek terletak pada tahap 80.65 manakala sokongan pula di tahap 80.35.

Sekiranya kita merujuk pada penutupan harian di bawah tahap 80.25, kita perlu menjangkakan bahawa indeks akan menembusi pada tahap 80 atau mungkin juga pada tahap 79.90. Daripada tahap 80.90, aliran penurunan harga telah mensasarkan penarikan semula harga yang akan menyentuh sokongan Ichimoku Cloud sebelum Indeks memulakan pergerakkan menaik menuju ke arah tahap tinggi baru.
