
Dengan menembusi bawah tahap harga pada 1.5175, corak Double Top bukan sahaja dapat mencapai sasaran unjurannya pada 1.4820-1.4800,tetapi juga mengesahkan corak Head and Shoulder yang besar.
Aliran menurun dilihat telah berjaya untuk menembusi bawah 1.4950 kemudian 1.4750 yang mana ia adalah bersamaan dengan 50% dan 61.8% tahap Fibonacci.
Sebelumnya, penarikkan balik kenaikkan dimulakan pada 1.4670 (sekitar 61.8% Fibonacci).Dua kenaikkan mendadak atas 1.4950 (50% tahap Fibonacci pada carta harian) telah ditembusi.Walaubagaimanapun,kenaikkan gagal untuk menyambung penembusan kenaikkan membawa kepada kegagalan pada cubaan penembusan kenaikkan.
Selain itu, zon sokongan urusniaga harian sekitar 1.475-1.4660 telah gagal untuk menyediakan sokongan yang cukup untuk pasangan. Malah,penembusan penurunan telah berlaku sekaligus menolak harga ke arah tahap 1.4500 dan kemudian 1.4400.
Sejak daripada itu, pasangan telah pun bergerak dalam saluran MERAH yang digambarkan dalam cubaan untuk mencecah had rendah terletak sekitar 1.4320.
Sebaliknya,seperti yang dijangkakan,zon harga sekitar 1.4375-1.4420 menunjukkan pemulihan kenaikkan yang sedang berlaku minggu ini selepas pergerakkan menurun yang kuat.
Diingatkan bahawa kegagalan pada kenaikkan untuk menyediakan tekanan belian yang cukup akan menghentikan momentum penurunan yang berlangsung pada tahap semasa, kemungkinan akan mendedahkan tahap 1.4300 untuk ujian semula.
