logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga. Kada rharga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah disokong oleh dana pembiayaan perdagangan yendi tengah-tengah sentimen risiko yang positif seperti kenaikkan saham-saham AS pada hari Jumaat (S&P 500 merekodkan bacaan tahap tinggi 1963.91 sebelum menutup naik 0.17% pada harga 192.87) sewaktu pelabur optimis terhadap dasar-dasar akomodatif oleh bank-bank pusat utama, walaupun yCBOE Volatility Index VIX meningkat 2.17% hari Jumaat kepada 10.85. USD/JPY juga disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan pengukuhan mata wang dolar (Indeks Dolar Spot ICE terdahulu 80.36 berbanding 80.32 awal hari Jumaat). Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan USD/JPY telah terjejas akibat daripada penjualan pengeksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun, stokastik adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.70; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.60. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.15 dan sasaran kedua pada tahap 102.30.

Tahap Rintangan:
102.15
102.30
102.45

Tahap Sokongan:
101.70
101.60
101.45

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan