

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik, harga juga dilihat telah menguji tahap 1.5688 pada jumlah di bawah paras purata menurut pada carta harian. Sebagaimana lanjutan Fibonacci 100% kami yang terletak pada harga 1.5665 telah berjaya ditembusi, kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menguji pada tahap 1.5335. Berdasarkan pada tindakan harga sebelum ini, kami mendapati bahawa tahap rintangan terletak sekitar harga 1.5745 (ayunan rendah seperti rintangan). Mengikut pada carta 4H, kami mendapati bahawa bekalan berada pada jumlah di atas purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kita boleh melihat pergerakan penurunan harga yang seterusnya. Walau bagaimanapun, jika harga menembusi pada tahap 1.5535, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat ujian harga di tahap 1.5335. Pesanan membeli kelihatan sangat berisiko, justeru itu, adalah dinasihatkan kepada para pedagang agar memerhatikan peluang menjual yang berpotensi selepas penarikan semula harga berlaku.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5696
R2: 1.5722
R3: 1.5764
Tahap Sokongan:
S1: 1.5612
S2: 1.5586
S3: 1.5544
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pasangan EUR/NZD dan perhatikan untuk menjual selepas penarikan semula harga.
