logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 26 Jun, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 26 Jun, 2014

Huraian Umum untuk 26/06/2014 08:10 CET

Sebagaimana yang telah saya nyatakan semalam, gelombang pembetulan b ungu pada (b) biru berkemungkinan akan menjadi lebih kompleks dan memerlukan masa yang lebih panjang kerana pasaran masih menguji rintangan urusniaga harian yang terletak di tahap 138.91. Adalah diingatkan kepada para pedagangn bahawa tahap ini telah disentuh sebanyak lima kali dan kini ia adalah penting bagi pasaran untuk membuat keputusan sama ada ia mahu bergerak ke tahap lebih tinggi atau jatuh ke tahap yang lebih rendah. Petunjuk pertama untuk pembangunan gelombang penurunan harga telah kelihatan berserta dengan penembusan pangsi mingguan dan kemudianya diikuti dengan penembusan tahap sokongan urusniaga harian. Apa jua penembusan harga ke tahap yang lebih tinggi ke arah zon menaik akan menyasarkan ke tahap 139.36 dan 139.71.

Sokongan/Rintangan:

137.34 - WS2

137.70 - Sokongan Teknikal

138.18 - WS1

139.36 - WR1

139.71 - WR2

138.27 - Sokongan Urusniaga Harian

138.53 - Pangsi Mingguan

138.91 - Rintangan Urusniaga Harian

Cadangan Perdagangan:

Oleh kerana tindakan harga yang sangat kecil, kita masih mempunyai kedudukan stop sell yang telah dibuka pada dua hari lalu dan SL di atas tahap 138.88 dan mana-mana penembusan harga ke tahap yang lebih tinggi perlu dianggap sebagai aliran kenaikkan harga dan pesanan membeli harus diambil dengan TP ditetapkan di tahap 139.36 dan 139.71.

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 26 Jun, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan