
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah mengukuh di antara harga 1.3670 dan 1.3500 sejak beberapa sesi dagangan yang lalu, sepertimana yang dapat anda perhatikan di sini. Pasangan maat wang ini masih berpotensi untuk melengkapkan aliran kaunter menuju ke arah tahap 1.3750/1.3800 sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap 1.3670. Mengambil pesanan menjual semasa aliran menaik adalah amat disyorkan kepada para pedagang.
2. Tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak di sekitar tahap 1.3500 (interim), dan diikuti oleh tahap 1.3470 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 1.3670 (interim), dan diikuti masing-masing dengan tahap 1.3750/1.3800 (Fibonacci), dan 1.4000.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/USD kini sedang berada di dalam corak pembentukan aliran penurunan harga yang lebih besar. Pembalikan harga kini adalah dinanti-nantikan sama ada dari tahap harga semasa atau 1.3750.
Cadangan Perdaganga:
Mengambil pesanan menjual semasa aliran menaik adalah amat disarankan semasa kegagalan pada tahap 1.3670 atau pada tahap yang lebih tinggi.
Semoga berjaya!
