EUR/JPY
Gambaran Jangka Pendek-

Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 145.68. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi garisan aliran sokongan 16 bulan dan kini didagangkan berhampiran pada tahap sma 50-minggu di tahap 137.45. Pasangan mata wang ini sedang diniagakan didalam zon sokongan yang sangat penting diantara tahap 137.45-136.20. sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada sma 50-minggu pada asas penutupan, kita berkemungkinan akan dapat melihat lanjutan penurunan harga ke arah sasaran awal pada tahap 134.40-134.10 dan kemudianya ke tahap 131.20. Pada aliran menaik, kita mempunyai rintangan yang terletak pada tahap 138.90, 140.06 dan 142. Pasangan mata wang ini dilihat lebih cenderung kepada pesanan menjual semasa aliran menaik sehingga harga menembusi diatas tahap 143.78. Kita berkemungkinan akan dapat melihat kejatuhan harga yang ketara jika pasangan ini menembusi pada tahap 136.21 ke tahap 131 dan 129.
TAHAP SOKONGAN UTAMA 136.20 UNTUK DAGANGAN JANGKA PENDEK
