
Cadangan Perdagangan:
Tahap rintangan bagi pasangan mata wang GBP/USD ini telah ditetapkan pada 1.7075 manakala sokongan pula telah diletakkan pada tahap 1.6935. Oleh yang demikian, menurut pada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan GBP/USD diramalkan akan bergerak diantara tahap 1.7075 dan 1.6935. Akibatnya pasaran akan mula menunjukkan peluang penurunan harga di bawah 1.7075, sebagaimana tahap 1.7075 ini akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, dan juga kerana ia mewakili tahap rintangan mingguan satu pada 27 Jun, 2014. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap tersebut pada hari ini dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.6999 bagi membolehkan harga menguji titik pangsi mingguan didalam carta 1H. Tidak kurang pentingnya juga, jika aliran harga ini berjaya untuk menutup di bawah tahap 1.6999, maka pasaran akan terus didagangkan dalam aliran menurun di bawah titik pangsi mingguan ke arah tahap 1.6935. Walau bagaimanapun, adalah harus diingatkan kepada para pedagang bahawa stop loss perlu letakkan di atas tahap 1.7075 pada harga 1.7093.

