Harga emas kekal didagangkan di dalam julat dagangan $ 1,326 - $ 1,308. Aliran harga mendatar. Penembusan harga pada mana-mana arah akan menolak harga bergerak menuju ke arah tahap $ 1,335-45 atau $ 1,290-80. Alrian kini adalah neutral. Saya lebih cenderung kepada lonjakan kenaikkan harga yang terdahulu ke arah $ 1,335-45.

Walau bagaimanapun, pedagang jangka pendek perlu menunggu isyarat dan anda dinasihatkan untuk tidak berdagang sebelum menerima isyarat. Sekrianya tahap sokongan ini berjaya ditembusi, maka kami menjangkakan bahawa emas akan mencari sokongan yang terletak di sekitar harga $ 1,260-80. Sebaliknya, jika harga emas menembusi tahap rintangan, maka kami menjangkakan bahawa harga akan memulakan pergerakkan dari $ 1,240 hingga ke tahap harga $ 1,335-45.
Harga emas kini dilihat sedang meningkat dan kami telah merekodkan kenaikan harga terbaru dari tahap $ 1,240 sebagai gelombang segi tiga mendatar E dan kami menjangkakan bahawa emas akan menembusi ke arah bawah $ 1,000. Penembusan harga di atas tahap $ 1,391 akan membatalkan senario ini. Kini kami sedang mencari tahap menjual untuk mengambil pesanan menjual dengan mensasarkan ke tahap harga $ 1,000.
