logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 30 Jun , 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 30 Jun , 2014

Huraian Umum untuk 30/06/2014 11:30 CET

Perkembangan gelombang impulsif yang bermula pada minggu lalu masih  berkemungkinan, namum masih belum dapat disahkan lagi. Pada masa ini, harga dilihat telah membangunkan struktur impulsif untuk dua gelombang dan ia kini sedang mencuba untuk menembusi tahap yang lebih tinggi di atas pangsi mingguan pada tahap 138.43. Sekiranya ini berlaku, harga akan memasuki zon julat dan harga berpotensi untuk menguji rintangan teknikal yang terletak pada tahap 138.91 sekali lagi. Hanya jika tahap ini ditembusi, perkiraan impuls akan disahkan dan peniaga boleh mengharapkan harga bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Jika tidak, harga mungkin akan kembali ke zon menurun dan meneruskan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah atau membuat gelombang (b) biru yang lebih kompleks dan memerlukan masa yang lebih panjang. Sila perhatikan tahap penting petunjuk selanjutnya.

Sokongan/Rintangan:

139.89 - WR3

139.40 - WR2

139.89 - WR1

139.91 - Rintangan Teknikal

138.48 - Rintangan Urusniaga Harian

138.43 - Pangsi Mingguan

137.92 - Sokongan Urusniaga Harian  

137.89 - WS1

137.69 - Tahap Rendah Gelombang B

137.40 - WS2

Cadangan Perdagangan:

Para pedagang dinasihatkan untuk memerhatikan tahap utama pembatalan/pengesahan seperti yang telah dinyatakan di dalam carta. Penembusan harga di atas tahap 138.47 adalah merupakan aliran menaik dan  pesanan membeli harus diambil, penembusan harga di bawah taahp 137.90 akan menandakan alirna penurunan harga dan pesanan menjual seharusnya di ambil.

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 30 Jun , 2014

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan