logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Julai, 2014

EUR/USD

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Julai, 2014

ECB telah mengekalkan kadar faedah. Sementara itu, laporan gaji bukan perladangan mencatatkan kenaikkan sebanyak 288,000 pada bulan lalu, yang mana ini telah menyokong mata wang dolar AS. Pasangan mata wang EUR/USD kini merosot ke tahap 1.3596. Pasangan ini telah membentuk corak 'double top' pada tahap 1.37 di dalam carta bulanan. Sehingga pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap tersebut, dagangan jangka pendek dilihat telah cenderung untuk memihak kepada aliran penurunan harga. Pasangan itu mempunyai sokongan serta-merta yang terletak di tahap 1.3574 (tahap rendah minggu sebelumnya). Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah menembusi Ema 200 hari dan Ema 20 hari. Ema 200 hari kini terletak di tahap 1.3620 yang mana ia sedang bertindak sebagai rintangan yang sangat kuat. Kami mengesyorkan kepada 'safe traders' agar mengambil pesanan membeli hanya di atas harga 1.3620.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Julai, 2014

Pada asas urusniaga harian, pasangan mata wang kini sedang didagangkan di dalam aliran menurun. Pasangan ini sedang didagangkan dibawah purata pergerakkan setiap jam. Pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap 1.3609 menghampiri ke tahap 1.3595. Di bawah tahap tersebut, kelihatan terdapat sokongan mingguan pada tahap 1.3575. Jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap 1.3575, maka harga berpotensi untuk jatuh hingga mencecah ke tahap 1.3545 dan mungkin ke tahap yang lebih rendah lagi. Keadaan panik akan membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap 1.35, 1,3477 dan lebih rendah 1.3420 (Ema 200 minggu). Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai rintangan yang terletak pada 1.3620, 1.3645 dan 1.3660.

Cmp 1.3609

Positional traders - Ambil pesanan membeli hanya di atas tahap 1.37

Intraday - Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3575 dengan menetapkan sasaran di tahap 1.3545 1.3520 1.35 dan 1.3477

Tahap Utama Julai yang perlu ditembusi adalah pada 1.37. Jika tidak, kita akan dapat melihat penembusan harga di tahap 1.3420, dan seterusnya pada tahap 1.3220.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan