logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

EUR/USD:  Selepas gagal untuk menembusi garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3700 untuk aliran menaik, harga dilihat telah menjunam hampir 100 pips. Penurunan harga yang besar ini cukup kuat untuk mengatasi kecenderungan kenaikkan harga baru-baru ini di dalam pasaran. Ini menandakan bahawa kedudukan membeli didalam pasaran adalah tidak lagi wajar, kini terdapat Corak Pengesahan penurunan harga didalam carta.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

USD/CHF: Hasil daripada reaksi harga bagi pasangan mata wang ini, kelihatan terdapat satu lagi petunjuk dagangan membeli. Petunjuk perdagangan membeli akan menjadi kukuh apabila harga menguji rintangan yang terletak pada tahap 0.8950. Oleh itu, mata wang USD berkemungkinan besar akan terus mengukuh. Julat % Williams kini sudah berada di rantau terlebih beli, menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga kini sudah mengukuh. Meskipun diramalkan akan terdapat beberapa pembetulan penurunan harga di sepanjang jalan, harga perlu bergerak ket tahap jauh lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

GBP/USD:  Setelah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan disekitar wilayah pengumpulan pada tahap 1.7150, mata wang Pound berjaya untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Sasaran yang seterusnya terletak pada wilayah bekalan 1.7200. Sebagaimana mata wang Pound kini berkorelasi negatif dengan pasangan EUR/USD, maka adalah diramalkan bahawa akan terdapat penarikan semula harga kerana pasaran kini dilihat sedang menuju ke arah atas.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

USD/JPY:  Pasangan mata wang ini masih lagi didagangkan dalam aliran menaik, tetapi kerana lonjakan secara tiba-tiba pada mata wang JPY, pada masa ini kelihatan terdapat pembetulan penurunan harga. Bagi mengekalkan prospek aliran menaik, pembetulan kenaikkan harga tidak seharusnya membawa harga berdagang di bawah tahap permintaan 101.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014

EUR/JPY:  Situasi dagangan bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini benar-benar tidak menentu, sebagaimana kecenderungan baru-baru ini adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun EUR telah menjadi lemah manakala JPY sedang cuba untuk menunjukkan kekuatan. Kita mungkin perlu menunggu untuk melihat tindakan  pasaran yang seterusnya sebelum mengambil sebarang pesanan.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 04 Julai, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan