logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

EUR/USD: Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam ramalan yang terdahulu, pasangan mata wang ini dilihat telah meneruskan dagangan dalam kecenderungan penurunan harga, sedang bergerak ke arah bawah. Kini, harga telah menutup di bawah garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3600. Sasaran untuk minggu ini adalah pada garisan sokongan 1.3550; dan Corak Pengesahan Kenaikkan harga di dalam pasaran akan mendorong harga untuk bergerak ke tahap yang lebih rendah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

USD/CHF: Selepas beberapa kali percubaan, pasangan mata wang USD/CHF akhirnya telah bertukar kepada aliran menaik, kini harga dilihat sedang bergerak menuju ke tahap yang lebih tinggi. Rintangan yang terletak pada tahap 0.8950 telah diuji dan ia akan ditembusi untuk menaik sebagaimana tenaga kenaikkan harga yang berterusan. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini tidak mungkin akan menembusi rintangan kuat yang terletak di tahap 0.9000 untuk aliran menaik; oleh itu, para pembeli mungkin mahu mengambil keuntungan mereka di sekitar tahap rintangan ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

GBP/USD: Mata wang Pound dilihat masih berhadapan dengan cabaran yang besar di sekitar wilayah harga 1.7150. Walau bagaimanapun, pasaran diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik ekoran daripada kecenderungan kenaikkan harga yang kuat. Sekiranya ini berlaku, harga dijangkakan akan bergerak menuju ke arah wilayah pengagihan yang terletak pada tahap 1.7200.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

USD/JPY: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik, dan harga seharusnya bergerak ke tahap yang lebih tinggi lagi. Walau bagaimanapun, harga akan berhadapan dengan beberapa kesukaran. Selagi harga didagangkan di atas tahap permintaan 101.50, maka prospek kenaikkan harga akan kekal sah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014

EUR/JPY: Pasaran bagi pasangan mata wang ini masih lagi belum kelihatan menarik, dan apa yang perlu dilakukan oleh para pedagang adalah menjadi neutral sehingga terdapat kecenderungan arah aliran harga yang jelas dilihat dalam pasaran. Mata wang EUR melemah, begitu juga dengan Yen, tetapi satu salah daripada mata wang ini harus kuat bagi membolehkan kita mengenal pasti arah aliran harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Julai, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan