EUR/USD

Ramalan mingguan - Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik dari tahap 1.35. Pasangan mata wang ini juga telah berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap 1.37. Pasangan mata wang ini diramalkan akan didagangkan dalam aliran menaik semula hanya di atas tahap 1.37. Corak perdagangan kini sedang terperangkap diantara tahap 1.3574-1.37 bagi minggu 07-11 Julai. Jika pasangan mata wang berjaya menembusi tahap rintangan bulanan menaik, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat beberapa pergerakkan harga ke tahap yang lebih tinggi sehingga harga mencecah pada tahap 1.3720 (Sma 20 minggu) dan pada tahap 1.3775. Sekiranya pasangan mata wang ini menembusi pada tahap sokongan 1.3574, maka harga berpotensi untuk jatuh hingga ke tahap 1.35, 1.3487, 1.3477, dan 1.3420. Kita boleh melihat kenaikan harga yang ketara hanya di atas tahap 1.37, oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan untuk memerhatikan rintangan bulanan yang terletak di tahap 1.37.
Urusniaga harian - cmp 1.3608

Pasangan mata wang ini telah memulakan sesi dagangan dengan aliran sederhana menaik selepas harga dibuka lebih rendah pada tahap sokongan 1.3604 pada Sma 20 Hari. Apabila harga menembusi di bawah tahap ini, maka kita boleh melihat beberapa lagi pergerakakn penurunan harga sehingga ke tahap 1.3575. Pasangan mata wang ini dilihat telah gagal untuk menembusi Sma 21 jam yang terletak di tahap 1.3610. Untuk aliran menaik, para pedagang boleh mengambil pesanan membeli di atas 1.3610 untuk sasaran urusniaga harian di tahap 1.3620, 1.3635, dan 1.3665. Ambil pesanan membeli baru hanya di atas tahap 1.37. Kita boleh mencari sokongan pada penembusan tahap 1.36 (tahap rendah 12 jam) harga di bawah tahap 1.3590, 1.3585 dan 1.3575 adalah merupakan tahap sokongan yang paling hampir buat pasangan.
Urusniaga Harian - Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.362 , bagi safe traders, anda dinasihatkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3635
