Harga Emas dilihat telah menguji tahap sokongan semalam seperti yang ditunjukkan di dalam carta di bawah. Walau bagaimanapun, sokongan yang terletak pada tahap $ 1,308 ini gagal untuk ditembusi sekaligus membolehkan harga melantun semula hingga mencecah ke tahap $ 1,320. Rintangan didapati terletak pada harga $ 1,334 dan sekiranya ia ditembusi, maka kita boleh mengharapkan harga untuk bergerak menuju ke arah tahap $ 1,350-60.

Penembusan harga di bawah tahap $ 1,308 akan mendorong harga Emas untuk bergerak menuju ke arah tahap $ 1,290 yang mana ia adalah merupakan garisan terakhir pertahanan untuk aliran menaik. Penembusan harga di bawah $ 1,290 ini akan meningkatkan peluang bagi gelombang E dari tahap $ 1,240 berakhir dan satu langkah menurun baru telah bermula.

Harga Emas di dalam carta harian menunjukkan bahawa Emas kini sedang berada dalam julat dagangan mendatar dan tidak mempunyai arah aliran harga yang jelas. Rintangan harian yang kuat didapati terletak pada tahap $ 1,334 dan $ 1,350. Sokongan harian pula didapati berada pada tahap $ 1,308 dan $ 1,280. Saya kekal pada penurunan harga jangka panjang sebagaimana Saya percaya emas kini semakin hampir untuk melengkapkan gelombang 4 segi tiga dan satu pergerakkan menurun baru ke arah $ 1,000 diramalkan tidak lama lagi akan bermula. Senario ini akan terbatal jika emas menembusi di atas harga $ 1,391.
