logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBPJPY untuk 09 Julai, 2014

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 09 Julai, 2014

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 09 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh peningkatan penghindaran risiko pelabur dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang dipengaruhi oleh permintaan dari pengimport Jepun. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah menurun dari zon terlebih beli, bar histogram MACD adalah positif, purata pergerakkan lima kini berada di bawah MA 15 hari.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 173.35; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 172.85. Titik pangsi kekal berada pada tahap 174.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 175.15 dan sasaran kedua pada tahap 175.40.

Tahap Rintangan:
175.15
175.40
175.85

Tahap Sokongan:
173.35
172.85
172.45

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan