
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF kini dilihat sedang melantun dari tahap sokongan Fibonacci 0.50 yang terletak di sekitar tahap 1.5250, sepertimana yang dapat dilihat di sini. Para pedagang harus diingatkan bahawa rintangan yang terdahulu telah bertukar menjadi tahap sokongan disekitar tahap yang sama. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada masa sekarang, dengan risiko kekal ditetapkan dibawah 1.5240.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.5150, dan diikuti masing-masing oleh tahap 1.4950, 1.4780 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati berada pada tahap 1.5350/60.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/CHF ini berpotensi untuk menolak lebih tinggi daripada tahap 1.5250. Hanya penembusan harga di bawah 1.5150 yang perlu diberikan lebih perhatian.
Cadangan Perdagangan:
Mula mengambil pesanan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 1.5240, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
