Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk menembusi SMA 200 sebagaimana USDX mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 80.11. Sekiranya Indeks USDXini berjaya menembusi pada tahap sokongan ini, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga mencecah ke tahap 81.50, yang mana ia berpotensi untuk mendorong mata wang dolar AS menguji tahap tinggi baru. Petunjuk MACD kini dilihat berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk menembusi pada tahap 80.34. Oleh yang demikian, USDX berkemungkinan besar akan melonjak naik hingga mencecah ke tahap rintangan 81.02. Jika USDX membuat lantunan semula penurunan harga pada tahap semasa, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 80.24. Walau bagaimanapun, sementara USDX kekal didagangkan di atas SMA 200, prospek kenaikkan harga masih sah. Petunjuk MACD berada di wilayah positif.
Carta 1H: Indeks USDX kelihatan mempunyai momentum kenaikkan harga di atas purata pergerakkan 200-hari setakat ini. Indeks USDX kini dilihat sednag cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan yang terletak pada 80.35. Jika USDX ini berjaya menembusi rintangan yang terletak di tahap 80.59, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 80.73. Petunjuk MACD kini berada di zon terlebih beli.

