logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 17 Julai, 2014

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 17 Julai, 2014

EUR/USD

Dolar AS melanjutkan kenaikkan selepas didorong oleh kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Persekutuan, Yellen. Pasangan mata wang EUR/USD pula terus mencatatkan penurunan ke arah ayuanan tahap rendah sebelumnya yang terletak di tahap 1.35. Penembusan harga di bawah tahap 1.35 akan mencetuskan banyak sl dan kita akan dapat melihat keadaan panik dengan sokongan pertengahan berada pada tahap 1.3477. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.35, 1.3477 dan 1.3420 (mingguan 200S/Ema). Untuk aliran menaik pula, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 1.37 (rintangan bulanan). Seperti yang telah kita syorkan sebelum ini (ambil pesanan menjual pada tahap 1.3646 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3525), ia telah dilakukan dengan baik pada hari semalam. Pasangan ini merekodkan tahap rendah pada 1.3520.

Sokongan: 1.35, 1.3477, 1.3420/1.34.

Rintangan: 1.3651, 1.37.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 17 Julai, 2014

Aliran penurunan harga ini akan mendedahkan tahap di bawah 1.34 (50MSma) ke arah sasaran menurun yang terletak pada tahap 1.3220. Pengayun momentum mingguan dan bulanan menunjukkan mod menjual. Oleh yang demikian, prospek jangka pendek dilihat cenderung memihak kepada aliran penurunan harga sehingga pasangan berjaya menembusi pada tahap 1.37. Pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk menembusi garisan aliran sokongan mingguan, sekiranya berhasil, maka harga berkemungkinan akan menjunam ke tahap yang lebih rendah pada beberapa minggu yang akan datang.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 17 Julai, 2014


Pengayun momentum setiap jam menunjukkan tahap terlebih jual, menjangkakan bahawa tahap sokongan yang lalu akan mengukuh untuk sementara di antara 1.3520-1.35. Pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 1.3560 dan 1.3575. Sehingga pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tahap berikut, aliran penurunan harga akan mendominasi.


35 DEma 1.3560.

Pembalikan arah aliran setiap jam 1.3575.

34 HSma 1.3597.

21 HSma 1.3584.

Tunggu untuk kenaikkan harga dan ambil pesanan menjual, penembusan harga di bawah tahap 1.35 ini akan menyebabkan harga lebih melemah. Sehingga pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 1.3575, kami menjangkakan tahap 1.3525 dan 1.3452 (1.3525 selesai).

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 17 Julai, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan