logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Julai, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Julai, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Julai, 2014

Dasar menaik terletak disekitar tahap 1.6465, 1.6555 dan 1.6665 (bersamaan dengan garisan aliran menaik yang digambarkan) membentuk struktur kenaikkan harga bagi memastikan harga kekal ditolak tinggi.    



Walaubagaimanapun, pada bulan Mei, momentum kenaikkan harga ini tidak cukup kuat untuk membolehkan penembusan menaik di atas tahap 1.7000 bagi membolehkan harga meneruskan pergerakan menuju ke arah sasaran yang seterusnya. Malah, penembusan sebelumnya ini kehilangan momentum kenaikkan menunjukkan kejayaan ketinggian yang rendah yang hanya sementara berjaya untuk menembusi garisan aliran menaik yang sementara. 


Ia telah berlanjutan sehingga pasangan mata wang GBP/USD ini menunjukkan pemulihan kenaikkan harga disekitar tahap 1.6690 yang diikuti dengan tekanan menaik kuat sekaligus telah menolak harga di atas 1.7000 (tahap tinggi terkemuka yang telah ditubuhkan pada 6 Mei) dan 1.7150. Harga kemudiannya mencabar tahap harga baru yang belum tembusi sejak tahun 2008.   


Pasangan mata wang ini kekurangan momentum menaik dan ketidaktentuan harga kini  dapat diperhatikan pada carta harian.   


Sementara itu, tahap PERMINTAAN yang paling penting dipercayai terletak di sekitar tahap 1.7050 di mana telah kelihatan terdapat penolakan harga semasa pasangan menguji semula pada hari Selasa.



Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Julai, 2014

Penetapan aliran menaik di atas tahap 1.7000 akan menyokong senario saluran kenaikkan harga, dengan itu ia akan membolehkan aliran menaik mencecah pada tahap 1.7100 dan kemudianya ke tahap 1.7160.  


Sepertimana yang telah diramalkan, zon harga yang terletak disekitar tahap 1.7140-1.7171 telah menunjukkan bukti tindakan penurunan harga pada setiap kali zon harga diuji.


Corak beberapa tahap tinggi telah disahkan selepas harga berjaya menembusi saluran kenaikkan harga semasa. Selain itu, sasaran penurunan harga pertama telah pun berjaya ditembusi disekitar tahap 1.7055.


Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini dilihat telah menunjukkan bukti pemulihan kenaikkan harga disekitar tahap 1.7060 yang mana ia akan membolehkan pasangan ini menguji tahap 1.7200 sekali lagi.


Para pedagang boleh mengambil pesanan menjual sekiranya pasangan mata wang ini masih berada diluar (di bawah) saluran yang digambarkan. Stop Loss hendaklah ditetapkan di atas tahap 1.7200. 


Untuk mengelakkan pembalikan arah aliran harga secara tiba-tiba, sasaran penurunan harga harus diletakkan pada tahap 1.7055 dan 1.7000 di mana tahap permintaan dipercayai berada. 



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan