logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan ini telah dilemahkan oleh penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan kesan yang berterusan akibat catatan angka yang lebih rendah di dalam laporan IHP New Zealand untuk Suku Ke-2 berbanding ramalan yang berkemungkinan terjejas akibat daripada kenaikan kadar faedah yang seterusnya oleh Bank Rizab New Zealand, harga tenusu yang melemah, dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan NZD/USD ini dipengaruhi oleh perbezaan kepentingan pasangan mata wang NZD-USD dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga, purata pergerakkan lima hari jatuh di bawah MA 15 hari.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8650; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8630. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8725. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8745 dan sasaran kedua pada tahap 0.8785.

Tahap Rintangan:
0.8745
0.8785
0.8815

Tahap Sokongan:
0.8650
0.8630
0.86

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan